My Add

Thursday 6 December 2012

Tiga penasihat Presiden Mesir letak jawatan

*ANGGOTA polis antirusuhan masih berkawal di depan Istana Presiden di Kaherah, awal pagi tadi. - FOto REUTERS

KAHERAH, KHAMIS, 06 Disember, 2012:: Tiga penasihat Presiden Mesir, Mohamed Morsi meletakkan jawatan dengan penunjuk perasaan masih berkumpul di luar istana presiden bagi membantah perluasan kuasa presiden serta pertikaian mengenai draf perlembagaan.

Amr al-Laythi, Seif Abdel Fattah dan Ayman al-Sayyad, semunya penasihat Morsi sudah memberikan surat peletakan jawatan masing-masing, lapor agensi berita MENA hari ini.

Laythi dan Sayyad menyerahkan surat peletakan jawatan seminggu lalu kerana membantah dikri yang memberi kuasa yang lebih luas kepada Morsi dalam pemerintahan negara.

Penyokong kepada Morsi dan penunjuk perasaan terus mengganas di luar istana presiden dengan polis antirusuhan cuba menyuraikan mereka menggunakan gas pemedih mata.

Kementerian Kesihatan Mesir melaporkan, setakat ini 211 orang cedera dalam keganasan terbaru itu. - AFP

No comments:

Post a Comment