My Add

Friday 7 December 2012

Tiga sahabat dihukum gantung

Oleh AZHARI ZAINOODDIN

*KHOR Soon Lee(Dari kiri).Tan Hun Wah dan Tiow Chin Hee dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

PULAU PINANG, KHAMIS, 06 Disember, 201: Tiga sahabat termasuk seorang warga emas masing-masing dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah seberat 228.5 gram pada April tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Amin Firdaus Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap pemilik kedai kopi, Khor Soon Lee, 38; penganggur, Tiow Chin Hee, 49, dan pekerja kedai komputer, Tan Hun Wah, 64.

Beliau memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan tanpa sebarang keraguan munasabah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment