My Add

Friday 21 December 2012

Wanita Britain seludup dadah RM7.5j, berdepan hukuman penjara

BALI, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Seorang wanita Britain berdepan hukuman 15 tahun penjara selepas didapati bersalah atas dakwaan menyeludup sejumlah dadah jenis kokain bernilai kira-kira AS$2.5 juta (RM7.5 juta) ke sebuah pulau peranginan Indonesia, di sini.

Pendakwaraya Mahkamah Daerah Denpasar, Lie Putra Setiawan semalam berkata, tertuduh, June Sandiford, 56, didapati bersalah kerana melanggar undang-undang narkotik negara ini.

Sandiford ditahan pada Mei lalu apabila pegawai kastam menemukan 3.8 kilogram kokain dalam beg wanita tersebut semasa pemeriksaan di lapangan terbang Bali. - AGENSI

No comments:

Post a Comment