Karpal cuba hapus identiti Melayu, Islam
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 November, 2013: Pengerusi DAP, Karpal Singh dilihat cuba menghapuskan identiti Melayu dan Islam di negara ini apabila menyarankan semua parti politik berasaskan kaum dan agama dibubarkan pendaftarannya.
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan bahaya Karpal itu merupakan satu usaha untuk meliberalkan politik daripada sebarang pengaruh agama yang secara tidak langsung menjejaskan identiti Melayu dan Islam.
Perkara ini dapat dilihat apabila setiap parti bercampur dengan semua kaum di dalamnya, maka Islam tidak lagi menjadi agenda utama perjuangan parti. Sebagai contoh, parti DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat), mereka berjuang demi kuasa semata-mata.
Cadangan ini juga adalah strategi DAP untuk menyerap masuk konsep Malaysian Malaysia yang mahu menghapuskan kepentingan bangsa dan agama," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas saranan Pengerusi DAP itu bahawa semua parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dan agama di negara ini perlu dibatalkan pendaftarannya.
Sambil menyifatkan Karpal sebagai pemimpin expired katanya, pelaksanaan Islam dalam parti pelbagai kaum adalah mustahil untuk dilakukan.
Hal ini kerana dalam menetapkan Perlembagaan parti pun, kehendak dan pandangan semua ahli perlu diambil kira, yang Islam mahupun bukan Islam," katanya.
Sementara itu, pemimpin Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim agak terkejut dan tersentak dengan kenyataan Karpal yang disifatkan sebagai individu cetek pengetahuan dalam dunia politik.
Karpal tidak seharusnya menganggap parti berasaskan kaum dan agama tidak sesuai dilaksanakan tanpa melihat asas dan faktor penubuhannya.
Karpal mungkin melihat ia sesuai di Jelutong, namun berbeza di kebanyakan negeri yang sudah sebati dengan penubuhan dan perjuangan parti berasaskan kaum dan agama," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment