Portal DBP kedua tertinggi dilayari
BESUT, JUMAAT, 08 November, 2013: Portal Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendapat pengiktirafan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebagai portal agensi kerajaan kedua tertinggi dilayari pengunjung pada tahun ini.
Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, Portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang boleh dilayari di prpm.dbp.gov.my mendapat kunjungan tertinggi iaitu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini pengguna PRPM melebihi 80 juta orang.
"Portal bersepadu yang memberikan 10 perkhidmatan bahasa sastera dan ilmu ini turut memberikan khidmat nasihat bahasa, khidmat pengesahan iklan dan menyalurkan pelbagai maklumat persuratan yang turut bertindak sebagai kamus bersepadu dalam talian yang memaparkan sumber sesuatu perkataan yang dicari," katanya ketika dihubungi hari ini.
Awang berkata demikian ketika mengulas saranan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh semalam supaya DBP memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (IT) bagi memastikan bidang sastera dikembangkan dan mendapat sambutan baik masyarakat negara ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment