Oleh SITI NOORALINA AHMAD
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 November, 2013: Balu pengasas Al-Arqam, Hatijah Aam atau dikenali sebagai Ummu Jah dan 17 pengikutnya dikenakan bon berkelakuan baik bersyarat selama setahun oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang dekat sini hari ini.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melanggar arahan Mufti melalui fatwa berkenaan pengharaman ajaran Al-Arqam.
Beliau turut mengenakan syarat tambahan, kesemua mereka tidak boleh terlibat dengan aktiviti dan ajaran Al-Arqam atau mana-mana ajaran sesat lain di samping perlu mengikuti 500 jam kursus pemulihan akidah yang dikendalikan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Mahkamah juga mengenakan hukuman denda RM1,000 atau penjara 14 hari terhadap Ummu Jah, 59, bagi kesalahan menerbitkan buku bertentangan hukum syarak.
Ummu Jah yang merupakan Pengarah syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd., (GISB) membayar denda tersebut.
Para pengikut Ummu Jah yang terdiri daripada tujuh lelaki dan 10 perempuan dalam lingkungan umur 18 hingga 58 tahun yang merupakan golongan profesional dan ahli perniagaan mengaku salah terhadap pertuduhan melanggar arahan mufti.
Bagi kesalahan itu, Ummu Jah sebagai pengarah syarikat menggunakan kedudukannya untuk menghidupkan kembali ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam melalui syarikat berkenaan pada 1 Januari 2008.
Perbuatan itu didakwa melanggar Perenggan 7 Fatwa Mufti yang diwartakan pada 21 Disember 2006 dibaca bersama Perenggan D, Fatwa Mufti yang diwarta pada 11 Ogos 1994.
Sementara itu, pengikut wanita itu pula didakwa menjadi pengikut syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. melalui syarikat GISB yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam antara tahun 2008 dan 15 Mei lalu.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri (Selangor) 1995.
Ummu Jah turut didakwa bagi pertuduhan berasingan menerbitkan sebuah buku bertajuk 45 Tahun 1968-2013 Perjuangan Abuya Syeikh Imam Ashaari MuhammadAt-Tamimi yang kandungannya bertentangan dengan syarak.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan pada 1 Januari 2008 di No. 316, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, Rawang dekat sini.
Kesalahan kedua didakwa di bawah Seksyen 16 (1)(a) enakmen sama, kedua-dua seksyen memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan, Ummu Jah dan pengikutnya ditahan oleh JAIS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Jeddah pada 13 Mei lalu.
Ummu Jah yang tidak diwakili peguam ketika merayu hukumannya dikurangkan berkata, dia bersetuju dengan apa yang diperkatakan pendakwa syarie mengenai pertuduhan tersebut.
"Proses untuk memahamkan saya (mengenai kesalahan) hanya berlaku setelah saya ditahan JAIS dan dipanggil ke pejabat JAIS setiap bulan.
"Saya sudah bertaubat dan dah bakar semua bahan-bahan, saya mengaku bersalah dan tidak akan mengulangi kesalahan itu, sebelum ini saya tidak faham," katanya.
Bagaimanapun Ketua Pendakwa Syarie, Abdul Shukor Abdul Hamid berkata, perbuatan ini menjurus kepada kesalahan akidah dan peranan akidah penting bagi seseorang.
"Kesalahan begini perlu ditegah dari mula hingga penghujung, kejahilan seseorang tidak boleh menjadi alasan, kami mohon hukuman lain selain penjara dan denda," katanya.
Hakim Syarie Kamarulzaman dalam penghakimannya memuji tindakan tertuduh yang mengaku salah terhadap pertuduhan.
"Pengakuan kamu semua sesuatu yang terpuji, orang yang bertaubat daripada dosa sama seperti orang tidak berdosa, penyesalan dan keinsafan perlu ditunjukkan dan bukan disebut. Sementara orang yang mendengar orang lain bertaubat pula jangan cepat prejudis dan perlu berbaik sangka.
"Hukuman penjara dan denda bukan jalan penyelesaian terbaik, mahkamah bersetuju dengan pendakwa dengan meletakkan syarat yang tidak berlebihan dan hukuman berbentuk pengisian," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment