My Add

Thursday, 7 November 2013

Usaha terdesak alih perhatian daripada masalah dengan ROS

KUALA LUMPUR, RABU, 06 November, 2013: Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu semua parti politik berasaskan kaum dan a0gama dibatalkan pendaftarannya disifatkan sebagai usaha terdesak mengalihkan perhatian umum daripada masalah yang dihadapi DAP dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Timbalan Ketua Pemuda MIC Bukit Bintang, Datuk R. Ramanan berkata, Karpal tidak sewajarnya membangkitkan isu baharu sebaliknya menjawab segera mengapa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan parti itu September lalu masih belum disahkan ROS.

"Ketika dia mahukan parti-parti lain dibatalkan pendaftaran, saya mahu ingatkan Karpal, adakah dia sedar sehingga ke hari ini, CEC parti DAP masih lagi belum disahkan ROS.

"Adakah Karpal sangka masalah dalaman DAP telah selesai sedangkan banyak ahli DAP telah membuat laporan kepada ROS kerana tidak berpuas hati dengan cara pemilihan CEC dan pimpinan DAP," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Karpal bagai meludah ke langit selepas menyarankan semua parti politik berasaskan kaum dan agama termasuk sekutu rapatnya, Pas dibatalkan pendaftaran walaupun semua sedia maklum DAP cenderung memperjuangkan nasib kaum Cina.

Menurut Ramanan, DAP ibarat terjerumus ke dalam permasalahan besar berhubung krisis parti itu dengan ROS dan dilihat cuba mengheret parti-parti pembangkang lain termasuk Pas untuk terlibat sama dengan masalah mereka.

"Saya fikir Karpal patut fikir mengenai partinya sendiri, janganlah mengutuk rumah orang kalau rumah sendiri pun bermasalah," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment