My Add

Thursday 29 November 2012

140,000 sertai PLKN tahun depan

                                   Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
*ABDUL Hadi Awang Kechil (kiri) dan Muhammad Khalid Shariff (depan, kanan) bersama 460 pelatih PLKN dan jurulatih menunjukkan simbol 1Malaysia pada majlis Penutup PLKN Kumpulan Ketiga Siri Kesembilan di Kem PLKN Princess Haliza, Sungai Pelek, Sepang, Selangor, semalam.

SEPANG, RABU, 28 November, 2012: Kira-kira 140,000 bakal pelatih siri ke-10 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dipilih menyertai latihan di 81 buah kem di seluruh negara pada tahun hadapan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, daripada jumlah itu seramai 42,000 pelatih akan dipilih untuk mengikuti kumpulan pertama.

"Untuk tahun hadapan ambilannya sama seperti tahun sebelumnya di mana ambilan kumpulan pertama bermula 3 Januari depan manakala ambilan kumpulan kedua pula selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment