Pengundi muda tidak memihak pembangkang - Khairy
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Pergerakan Pemuda UMNO menolak dakwaan kononnya kelompok pengundi muda yang kali pertama akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, lebih cenderung menyokong pembangkang.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, jika dilihat pada senario politik semasa membabitkan kumpulan itu termasuk keputusan pilihan raya kampus baru-baru ini, pengundi muda didapati lebih memihak kepada Barisan Nasional (BN).
"Selain itu kajian yang dijalankan oleh Pemuda BN juga mendapati 50 peratus daripada mereka memberi isyarat positif kepada kerajaan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari bersama media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment