My Add

Friday 30 November 2012

Catriona Ross kesal dipergunakan pembangkang

 
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Pelakon drama televisyen, Catriona Ross kesal apabila ada pihak yang mempergunakan popularitinya sebagai artis dalam beberapa kempen ceramah berbau politik anjuran parti pembangkang sejak akhir-akhir ini.

Menurut ibu kepada dua orang anak ini, dia berasa tertipu apabila pada mulanya diundang menjayakan majlis-majlis seperti forum sedangkan tujuan sebenar adalah menghadiri kempen parti politik pembangkang terbabit menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan datang.

"Saya mendapat banyak undangan mengadakan ceramah atau menjadi ahli panel dalam forum di merata-rata tempat seluruh negara yang kononnya mahu berkongsi pengalaman saya berhijrah iaitu daripada tidak bertudung kepada bertudung sejak 16 Julai tahun 2010.

"Sayangnya, kebanyakan forum atau ceramah yang saya sertai itu pada mulanya berkisar tentang sesuatu topik dengan tajuk-tajuk menarik seperti Mencapai Syurga. Tetapi sebenarnya majlis itu dianjurkan dengan tujuan lain oleh parti-parti politik pembangkang,'' katanya di sini hari ini.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment