My Add

Thursday, 29 November 2012

UMNO tidak akan mencaci saudara seagama

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 012: Datuk Seri Najib Razak bertegas bahawa UMNO tidak akan sekali-kali mencaci dan menista saudara seagama sepertimana yang dilakukan pembangkang, sebaliknya akan terus mempertahankan perpaduan umat.

Menurut Presiden UMNO, parti itu juga akan terus mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam di negara ini.

Justeru, kata Najib, UMNO menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendokong fahaman pluralisme dan liberalisme.

"Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited untuk terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment