My Add

Friday, 30 November 2012

Rakyat jangan jadikan PRU-13 bahan uji kaji

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Ketiga-tiga Naib Presiden hari ini mengingatkan semua rakyat Malaysia supaya tidak menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang sebagai bahan uji kaji kerana jelas terbukti pakatan pembangkang tidak mampu untuk mentadbir negara dan membela nasib rakyat.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas intipati ucapan dasar Presiden berkata, rakyat perlu sedar mesej Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut adalah berasas kerana negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang kini gagal membawa sebarang perubahan seperti dicanangkan.

Apa yang jelas beliau berkata, sejak sepenggal pakatan pembangkang mentadbir beberapa negeri, tiada sebarang pembaharuan dilakukan dan lebih malang lagi Kelantan yang telah ditadbir oleh Pas sejak 22 tahun lalu, isu air bersih pun gagal diselesaikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment