Pusat tidak pernah abai Sabah - Rahman
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Tuduhan pembangkang kononnya Kerajaan Persekutuan mengabaikan negeri Sabah di segi pembangunan adalah tidak benar sama sekali.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Wakil UMNO Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan apabila statistik yang diperoleh menunjukkan Kerajaan Persekutuan pada tahun lalu telah memperuntukkan sebanyak RM11 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan di negeri itu.
Beliau berkata, peruntukan tersebut jauh lebih besar berbanding kutipan cukai sebanyak kira-kira RM3.8 bilion yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh sama.
"Ini bermakna ada lebihan RM8 bilion yang diberikan kepada negeri Sabah, lebihan perbelanjaan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan itu jauh lebih besar daripada apa yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang dengan 20 peratus royalti minyak," katanya ketika membentangkan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUAN
No comments:
Post a Comment