Usaha rosakkan asas kenegaraan ditentang
KUALA LUMPUR, RABU, 28 November, 2012: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang bakal menentukan darjat ketinggian agama Islam, orang Melayu dan Perlembagaan Persekutuan yang kini diinjak oleh pembangkang demi kepentingan politik.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pergerakan tersebut bukan sahaja akan berusaha sehabis mungkin demi memastikan kemenangan BN tetapi pada masa yang sama akan menentang segala usaha pembangkang untuk merosakkan asas kemasyarakatan di negara ini.
Katanya, sebagai rangka untuk membantu kemenangan BN dan mempertahankan asas kenegaraan yang menjadi tulang belakang kepada keharmonian serta kemakmuran Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO menetapkan 12 strategi antaranya memastikan UMNO terus menjadi gerakan politik yang efektif. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment