KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Ucapan yang bernas dan bernada tegas Presiden UMNO adalah isyarat jelas kepada seluruh pemimpin di semua peringkat supaya bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang merupakan cabaran besar bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ucapan dasar yang penuh dengan mesej itu bagi memperkukuhkan jentera parti supaya semua ahli bangkit dan meneruskan perjuangan mempertahankan UMNO dan BN sebagai kerajaan yang memerintah selepas pilihan raya nanti.
Beliau berkata, amaran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berjuang habis-habisan mempertahankan Putrajaya memang wajar kerana semua pemimpin dan ahli mengetahui senario politik negara tidak seperti dahulu.
"Cabaran yang akan dihadapi UMNO dan BN memang lebih hebat kerana kita tahu di pihak sana (pembangkang) mereka macam kemaruk kuasa politik.
''Mereka sudah buka jalan ke Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun dan sebab itu ada pelbagai taktik dan cara kotor termasuk mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Contohnya sudah digambarkan awal-awal lagi, jika esok ada pilihan raya, keputusan tidak memihak kepada mereka adalah kerana sistemnya dibuat dengan kotor, tidak adil," katanya mengulas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, di PWTC, di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, situasi politik sekarang tidak seperti 10 dan 20 tahun lalu dan keadaan lebih mencabar kerana rakyat terdedah dengan teknologi maklumat dan komunikasi serta berminda baharu.
"Tanggapan dan harapan rakyat khususnya kira-kira 13 juta pengundi termasuk 2.7 juta pengundi generasi muda sudah jauh berbeza.
"Jadi, apabila sampai pilihan raya pastinya ia tidak seperti biasa, kita akan berdepan dengan cabaran yang agak luar biasa dan mesti bersiap siaga, kena peka serta berhati-hati dengan situasi seperti itu," katanya.
Muhyiddin yakin sebahagian besar pemimpin dan ahli UMNO dan BN menyedari perkara itu serta merapatkan barisan supaya negara tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan pembangkang.
Beliau berkata, lima 'resipi' yang digariskan Perdana Menteri iaitu mengukuhkan perpaduan, sikap taat dan setia, jangan mensabotaj parti, calon boleh menang dan menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan parti harus dipatuhi semua pemimpin dan ahli bagi mencapai kemenangan UMNO dan BN pada pilihan raya akan datang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keperitan yang dirasai akibat kekalahan beberapa negeri kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu harus dijadikan pengajaran dan semua pihak mesti bekerja keras memastikan ia tidak berulang apatah lagi membabitkan kuasa di peringkat nasional.
Sambil menyatakan semua jentera telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa, Muhyiddin memberitahu, sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah pulih dan kini semakin kuat. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment