My Add
Friday, 30 November 2012
Perhimpunan Agung UMNO masuk hari kedua
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Nov. - Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang masuk hari kedua hari ini diteruskan sambungan sesi perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lapan pembahas dijadual membentangkan hujah masing-masing termasuk wakil Puteri dan Kelab UMNO Luar Negara.
Sesi perbahasan akan disusuli dengan pembentangan usul ekonomi serta agama dan pendidikan. Dua usul ini akan dibahaskan oleh 28 wakil negeri-negeri dan pergerakan.
Sesi perbahasan pada perhimpunan agung kali ini, yang merupakan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, didominasi kata-kata dorongan dan semangat untuk seluruh jentera UMNO berdepan ujian getir pilihan raya yang bakal menentukan kelangsungan parti terbesar Melayu ini. - UTUSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment