*SHAHRIZAT Abdul Jalil bersama barisan Exco Pergerakan Wanita UMNO mengangkat tangan semasa Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR, RABU, 28 November, 2012: Pergerakan Wanita UMNO memohon tiga perkara untuk pertimbangan kerajaan termasuk memastikan suami isteri yang bekerja berjauhan, dapat ditugaskan berdekatan antara satu sama lain.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya mahu permohonan suami isteri yang mahu ditugaskan berdekatan dapat dilayan dalam tempoh masa paling lama setahun dari tarikh permohonan.
"Langkah ini penting untuk kita memberi perhatian kepada pengukuhan institusi keluarga dan saya yakin prestasi dan produktiviti kerja mereka pastinya dapat ditingkatkan lagi sekiranya masalah ini dapat diselesaikan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UYUSAN
No comments:
Post a Comment