My Add

Friday 30 November 2012

BN perlu rampas semula

*DAYANGSaniah Awang Hamid ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Novrmbrr, 2012:Tsunami politik akan berlaku sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), namun ia bukan dianggap sebagai bencana tetapi merupakan satu 'rahmat' kepada Barisan Nasional (BN).

Wakil Pergerakan Wanita UMNO, Dayang Saniah Awang Hamid berkata, keadaan itu boleh terjadi apabila BN merampas kembali lima negeri yang jatuh kepada pakatan pembangkang sekali gus menang dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Bagi merealisasikan hasrat itu, tegas beliau, seramai 230,000 jentera pergerakan Wanita UMNO berikrar dan sedia untuk bertempur dalam PRU-13 akan datang.

''Berdasarkan trend kemenangan BN menerusi beberapa pilihan raya kecil lalu, undi popular BN telah meningkat kepada 56.52 peratus berbanding 50.28 peratus pada pilihan raya umum 2008, sekali gus memberi erti mood rakyat telah kembali kepada BN," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment