My Add

Thursday 29 November 2012


Najib seru pemimpin parti ikhlas membela rakyat


KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru para pemimpin UMNO agar rajin berkhidmat untuk rakyat, berwibawa dan rendah diri bagi memastikan rakyat terus memberikan keyakinan kepada parti.

Presiden UMNO itu berkata, ini kerana rakyat pada hari ini sudah bijak membezakan antara pemimpin yang benar-benar empati kepada mereka atau yang hanya muncul pada setiap kali pilihan raya.

"Bersuluhkan jamung perjuangan mulia yang cerah menyala, kita mesti cekal bekerja keras, kita mesti terus tabah meyakinkan rakyat bahawa kitalah pilihan kepimpinan yang utama, bahawa kitalah yang mampu membawa masa depan yang lebih baik kepada mereka dan anak-anak cucu mereka.

"Berikhlaslah dalam memberi khidmat kepada rakyat. Berpeganglah kepada kata-kata ulama dan pujangga bahawa yang baik akan akhirnya tertampak, yang buruk itu hujungnya kelak pasti terpandang jua," kata beliau.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. -

Pada masa yang sama, beliau menggesa seluruh ahli agar berdisplin dalam berorganisasi kerana ia merupakan faktor tonggak bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pertubuhan.

"Disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang atau kalah dalam pilihan raya. Intipatinya, disiplin berorganisasi bermaksud meletakkan kepentingan organisasi secara di atas... di atas kepentingan individu," kata beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment