My Add

Thursday, 29 November 2012

CAP, SAM kesal MPPP mahu tebang pokok

*S. M. Mohamed Idris dan Komalpreet Kaur, memeluk sebatang pokok yang akan ditebang oleh MPPP semasa membuat bantahan terhadap rancangan untuk menebang pokok tersebut di Pulau Pinang, semalam. - BERNAMA

PULAU PINANG, RABU, 28 November, 2012: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) kesal dengan rancangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memotong dan memindahkan pokok di sepanjang Jalan Masjid Negeri di sini.

Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, cadangan memotong 44 batang pokok dan memindahkan 20 pokok di kawasan tersebut tidak wajar dengan alasan mahu melaksanakan projek pelebaran jalan dan kerja perparitan sepanjang laluan terbabit.

Katanya, ini akan menyebabkan Pulau Pinang kehilangan aset paling berharga sekiranya MPPP meneruskan rancangan itu kerana pokok yang memenuhi kiri dan kanan jalan tersebut telah menjadi sebahagian lambang keindahan di negeri ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment