My Add

Friday 30 November 2012

Tolak calon ada ‘kad kuning’

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 012: Ahli UMNO yang mempunyai rekod tidak baik serta boleh mengundang persepsi negatif dalam kalangan rakyat tidak harus dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang melabelkan golongan itu sebagai mereka yang mempunyai ‘kad kuning’ berkata, golongan itu boleh menjadi liabiliti kepada parti.

“Saya akui setiap calon pilihan raya yang diketengahkan perlulah kuat bekerja dan merendah diri, tetapi saya harap Presiden UMNO turut memberi perhatian kepada ahli yang ada ‘kad kuning’, jangan ketengahkan golongan ini.

“Calon mestilah bersih daripada sebarang kontroversi atau skandal, barulah rakyat akan sokong. Pengundi sekarang khususnya orang muda bermaklumat, mereka tahu banyak perkara," katanya ketika mengulas ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment