My Add

Friday 30 November 2012

Komponen BN beri kerjasama, sokong UMNO

 *ANTARA pemimpin komponen yang hadir.
KUALA LUMPUR, KHAMIS 29 November, 2012: Komponen Barisan Nasional (BN) sebulat suara dan senada akan memberi kerjasama serta sokongan padu kepada UMNO bagi menjamin kemenangan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyeru setiap ahlinya bersatu-padu menjelang pilihan raya umum sangat memberangsangkan dan turut dirasai oleh komponen yang lain.

"Datuk Seri Najib juga menekankan sekali lagi mengenai calon boleh menang untuk parti. Antara kredibiliti yang perlu ada termasuklah kuat bekerja dan merendah diri,'' katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment