My Add

Monday 24 December 2012

1,900 pegawai pantau harga barang terkawal sempena Krismas

KUALA LUMPUR, AHAD, 23 Disember, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggerakkan seramai 1,900 anggota penguatkuasa dan 1,600 pegawai pemantau harga di seluruh negara bagi memastikan peniaga mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2012.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, seramai 67,000 anggota skuad pengguna yang antaranya terdiri daripada surirumah dan pelajar turut membantu memantau harga barangan terkawal.

"Orang ramai juga boleh bersama membuat aduan mengenai peniaga yang tidak mematuhi skim tersebut menerusi e-mel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my atau talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN" butiran aduan atau lapor terus ke pejabat KPDNKK di seluruh negara," katanya selepas melawat Ben"s Independent Grocer di Publika di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment