My Add

Monday 24 December 2012

5,000 bekas penyokong pembangkang dijangka sertai BN

KLANG, AHAS, 23 Disember, 2012: Seramai 5,000 bekas penyokong parti pembangkang dijangka mengumumkan keputusan menyertai Barisan Nasional (BN) pada Karnival Sayangi Selangor di i-City yang berlangsung 29 Disember hingga 1 Januari ini.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, penyertaan mereka dalam BN berikutan gerak kerja yang dilakukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat akar umbi di seluruh negeri itu.

"Pendekatan menggunakan NGO merupakan cara terbaharu bagi kita mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah serta keperluan mereka selain menggunakan saluran parti.

"NGO-NGO berkenaan telah menzahirkan sokongan yang kuat terhadap gagasan yang dibawa oleh BN iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri perayaan ulang tahun ke-11 Sri Maturai Veeran Alayam di Taman Kelang Utama di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment