My Add

Friday 7 December 2012

57 kamera AES akan dipasang di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, KHAMIS, 06 Disember, 201: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memasang 57 Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) di Pulau Pinang walaupun ia mendapat bantahan daripada kerajaan negeri.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Hassan Yaccob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 39 kamera akan dipasang di jalan persekutuan dan lebuh raya manakala 18 lagi akan dipasang di kawasan lampu isyarat.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan negeri tidak membenarkan pelaksanaan AES di Pulau Pinang, pihak JPJ akan menggunakan alternatif lain bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut perancangan.

“Kita tidak mahu berperang dengan mana-mana pihak kerana pelaksanaan sistem perangkap had laju ini dibuat untuk manfaat rakyat dan bukannya untuk kepentingan individu tertentu.

“Kita juga dimaklumkan Ketua Pengarah JPJ sendiri bersedia untuk bertemu dengan wakil kerajaan negeri untuk memberikan gambaran jelas mengenai AES supaya tiada lagi pertikaian akan timbul," katanya kepada pemberita selepas memberikan talimat AES kepada pegawai Jabatan Kerajaan Persekutuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Media di Seberang Jaya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment