My Add

Friday 7 December 2012

PKR Selangor tutup kamera AES petang ini

SHAH ALAM, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang didakwa dipasang secara haram di negeri ini pada pukul 2.30 petang esok.

Sistem kamera itu dipasang di Kilometer 6.6, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan, kedua-duanya di Sepang.

Tindakan itu diambil berikutan kerajaan negeri mendakwa Kementerian Pengangkutan tidak mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memasang kamera tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, selain tidak mendapat kebenaran merancang kamera AES di Selangor, kamera tersebut juga tidak dipasang di kawasan yang kerap berlaku kemalangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment