My Add

Wednesday 5 December 2012

Agong kunjungi masjid terbesar di Asia Tenggara

JAKARTA, RABU, 05 Disember, 2012: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang sedang dalam rangka lawatan negara ke Indonesia, hari ini berangkat mengunjungi Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara, terletak di Jakarta Pusat.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Imam Besar masjid itu Prof Dr Ali Mustafa Yaqub, serta pengawai kanan pengurusan masjid.

Masjid berkapasiti 220,000 jemaah itu, yang juga simbol kemerdekaan Indonesia, pernah dikunjungi sejumlah ketua negara asing, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Dalam lawatannya hari ini, Yang di-Pertuan Agong dibawa melawat Beduk Raksasa yang unik hadiah dari Presiden Indonesia yang kedua, Presiden Soeharto.

Beduk berdiameter dua meter yang diperbuat dari kayu meranti berusia 300 tahun itu, dibawa dari Kalimantan, melambangkan pelestarian budaya tempatan dalam Islam di Indonesia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment