My Add

Tuesday 25 December 2012

Amanat: Abdul Hadi terus membisu
Oleh RADHUAN HUSSAIN

 KUALA TERENGGANU, ISNIN 24 Disember, 2012: Ketika pelbagai pihak termasuk beberapa orang bekas ahli Pas mendesak agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, Presiden Pas itu masih lagi membisu.

Setelah hampir dua minggu, Abdul Hadi masih tidak memberikan sebarang reaksi tentang isu itu dan menurut sumber, ketika ini Presiden Pas itu berada di luar negara atas urusan tertentu dan tidak diketahui bila akan pulang ke tanah air.

"Tok Guru Haji Hadi kini berada di luar negara, kalau tak silap di rantau Afrika dan saya tak pasti bila beliau akan balik ke Malaysia, mungkin lama lagi baru balik," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya mengenai Amanat Haji Hadi yang kewujudannya telah mencetuskan konflik serta persengketaan berpanjangan di kalangan umat Islam khususnya antara pengikut Pas dan ahli UMNO, sumber itu menyifatkannya ia 'isu lama'. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment