My Add

Friday 7 December 2012

Anggota JPAM cedera ditembak ketika meronda di Bukit Mertajam

GEORGE TOWN, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) cedera terkena tembakan ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Kulim, Bukit Mertajam malam semalam.

Timbalan Ketua Polis negeri SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 11.15 malam itu, Adi Luqman Zainal Abidin, 27, sedang meronda dengan menaiki motosikal bersama rakannya sebelum terserempak dengan dua lelaki yang berkelakuan mencurigakan.

"Apabila petugas mendekati dua lelaki terbabit, mereka terus melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota berkenaan di Hospital Pulau Pinang, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment