My Add

Saturday 22 December 2012

Balak: Pas Kedah tetap degil

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Kerajaan Pas Kedah tetap meneruskan projek penebangan hutan di negeri itu walaupun rancangan tersebut ditolak oleh Jabatan Perhutanan negeri.

Menurut Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman, pendirian itu dinyatakan Jabatan Perhutanan Kedah semasa mesyuarat bersama Exco kerajaan negeri ketika rancangan pembangunan tanah di kawasan tadahan air di Pedu ingin dilaksanakan kerana jabatan tersebut bertindak sebagai penasihat.

"Memang dari segi pendirian kami di Jabatan Perhutanan tidak setuju dengan rancangan pembangunan di Pedu kerana kawasan tadahan dan disuarakan dalam mesyuarat bersama Exco, tetapi hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri," katanya.

Ku Azmi mendedahkan perkara tersebut pada sesi taklimat khas kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment