My Add

Wednesday 19 December 2012

Banyak sungai tercemar bertukar jadi lumpur

 *KEADAAN air berlumpur di lokasi pertemuan antara Sungai Badak dan Sungai
Pelandok akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan korek pasir di Kedah.

ALOR SETAR, SELASA, 18 Disember, 2012: Sejak 2010, fenomena air lumpur bukan perkara pelik di Kedah kerana hampir seluruh sungai di negeri itu dipenuhi air lumpur dalam kelikatan yang sangat tinggi sehingga lebih keruh daripada teh tarik.

Pencemaran tersebut merupakan kesan langsung daripada aktiviti pembalakan yang 'menggila' sejak dua tahun lalu di kawasan tadahan air dan keadaan berkenaan diburukkan lagi dengan kegiatan perlombongan tungsten serta korek pasir.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati sejak 2010 tiada lagi air sungai yang jernih walaupun di kawasan hilir dan kadar kekeruhan lebih teruk setiap kali selepas hujan kerana tiada lagi hutan selaku penebat semula jadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment