My Add

Friday 7 December 2012

Bekas atlet OKU terus perjuang hasil seni

 *ISMAIL Abu Bakar menyiapkan lukisan di rumahnya di Kampung Wakaf
Mempelan, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 06 Diember, 2012: Ismail Abu Bakar, 60, tidak pernah melihat kekurangan yang ada pada dirinya membezakan antara dia dengan orang lain.

Walaupun dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) kerana mengalami kecacatan kekal di kedua-dua belah kakinya sejak dilahirkan, bapa kepada 10 anak ini gigih bekerja malah bergiat aktif dalam pelbagai cabang seni kreatif.

“Secara jujurnya, saya tidak mempunyai sebarang pendidikan formal dalam bidang seni ini tapi meminatinya sejak dulu lagi dan menyimpan hasrat untuk berkecimpung dalam bidang ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Mempelam di sini hari ini.

Selain mahir dalam seni lukis, bekas pemenang pingat emas Sukan Paralimpik pada tahun 2003 dalam acara ping pong itu juga kreatif dalam menghasilkan wau serta mahir dalam seni anyaman serta pertukangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment