My Add

Wednesday 12 December 2012

Berjuang ke titisan darah terakhir


*PEGAWAI Media Aman Palestin, Salman Abdul Rahman (kiri) bertanyakan sesuatu kepada mangsa kekejaman Israel, Yusuf Abdul Kirib yang tercedera di kaki di Hospital As-Syifa, Gaza, kelmarin. - UTUSAN/MOHD. HAZLI HASSAN

GAZA, SELASA, 11 Disember, 2012: Pejuang dan penduduk Gaza tidak mudah menyerah kalah dalam peperangan menentang kekejaman Israel dan mahu mereka dipulihkan jika tercedera dalam pertempuran.

Malah mereka tidak sewenang-wenangnya mahu gugur syahid dan mahu setiap doktor memulihkan mereka dengan segera agar mereka boleh terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Timbalan Ketua Jabatan Otopedik, Hospital As-Syifa Gaza, Dr. Hassan Abu Ayadah berkata, mereka yang dihantar ke hospital berkenaan akibat tercedera kerana kekejaman Israel tidak mudah mengaku kalah dan mahu teruskan perjuangan membebaskan Palestin daripada regim Yahudi." katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment