My Add

Thursday 20 December 2012

Bicara kes Husam saman Kickdefella bermula

KUANTAN, RABU, 19 Disember, 2012: Kes saman fitnah RM5 juta yang dikemukakan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa terhadap penulis blog Kickdefella ekoran penyiaran artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau memulakan perbicaraan selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikannya di luar mahkamah.

Pada prosiding hari ini, dua saksi dipanggil iaitu Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Sanusi Othman dan Penolong Pengurus Bahagian Projek dan Hartanah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ismail Shauki Ibrahim.

Bagaimanapun, Husam yang sepatutnya menjadi saksi pertama kes saman itu tidak menghadiri prosiding tersebut kerana mempunyai urusan rasmi Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment