My Add

Thursday 20 December 2012

Sistem kewangan perlu sokong ekonomi sebenar - Zeti


 KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012: Sistem kewangan yang tidak menyokong ekonomi sebenar merupakan penyumbang kepada ketidakseimbangan kewangan dan kelemahan ekonomi seperti yang berlaku pada ketika ini.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, situasi tersebut perlu dibetulkan semula di mana tugas utama sistem kewangan adalah sebagai pengantara iaitu memadankan pelaburan dan simpanan bagi tujuan menjana pertumbuhan ekonomi.

" Bagaimanapun, sejak beberapa dekad yang lalu, pelbagai faktor telah menjadi penyumbang kepada kelemahan hubungan di antara sistem kewangan dan aktiviti ekonomi yang produktif.

Persaingan sengit, kepantasan perubahan teknologi dan inovasi serta inflasi dan kadar faedah yang rendah untuk satu jangka yang panjang telah memberi risiko yang besar," katanya semasa menyampaikan ucapan berkenaan Ekonomi, Perbankan dan Kewangan Islam pada Siri Ceramah Serantau Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jakarta, Indonesia hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment