My Add

Tuesday 25 December 2012

BN boleh rampas kerusi pembangkang

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

MELAKA, ISNIN, 24 Disember, 2012:- Barisan Nasional (BN) boleh merampas kembali kerusi-kerusi yang dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan syarat semua ahli parti terus turun padang bertemu rakyat dan tidak mensabotaj calon.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika perkara itu dilakukan, beliau yakin sekurang-kurangnya lima daripada 23 kerusi Pas, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mampu dirampas BN.

Menurut beliau, jika kerusi-kerusi berkenaan berjaya dirampas selain mengekalkan kemenangan di 140 kerusi sedia ada, BN boleh menang majoriti dua per tiga.

"Kesemuanya kita boleh dapat tambahan 20 kerusi dicampur dengan 140 kerusi BN sedia ada, saya penuh yakin kita boleh menang dua per tiga majoriti. Bagaimanapun keyakinan itu bersyarat iaitu tidak terlalu yakin, teruskan membuat kerja secara strategik dan jangan buat hal termasuk sabotaj serta perkara-perkara seumpamanya.

"Ini keyakinan saya secara peribadi, memperoleh 160 kerusi dan kita boleh menang majoriti. Oleh itu kita perlu tanam semangat untuk menang," katanya pada majlis Pemukiman Pemantapan Profesionalisme, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan (KKRP) di Banda Hilir di sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Kata Ahmad, kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang tempoh tiga tahun lapan bulan ini telah membawa pelbagai perubahan dan program termasuk 20 jenama 1Malaysia dan lima jenis transformasi.

Menurutnya, pelbagai pembaharuan termasuk turun padang, tinjauan mesra, janji ditepati, pemberian subsidi, pelbagai bantuan meliputi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan penetapan calon boleh menang antara faktor yang boleh membantu kemenangan BN. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment