My Add

Tuesday 25 December 2012

Daftar dalam masa seminggujika ingin mengundi PRU-13

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 Disember, 2012: Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa tujuh hari lagi untuk berbuat demikian jika mahu menjadi pengundi sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan selepas Februari tahun depan.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pendaftaran pemilih bagi suku tahun keempat 2012 masih lagi dibuka sehingga 31 Disember ini.

Beliau menjangkakan lebih ramai yang mendaftar sebagai pemilih baharu kali ini berbanding 106,168 orang pada suku tahun ketiga 2012.

''Andaian itu berdasarkan pemerhatian SPR tahun lalu di mana ramai orang mendaftar dalam suku tahun keempat 2011 kerana mereka meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 dilangsungkan pada awal tahun ini.

''Momentum yang sama dijangka berlaku akhir tahun ini. SPR sanggup bekerja lebih masa sepanjang Januari dan Februari 2013 bagi memastikan Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) Suku Tahun Keempat 2012 boleh diwartakan segera," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment