My Add

Saturday 8 December 2012

DAP Pulau Pinang tidak peka nasib rakyat miskin

PULAU PINANG, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Kerajaan DAP Pulau Pinang ditempelak kerana tidak prihatin dengan keperluan golongan berpendapatan rendah apabila sanggup membatalkan tawaran kepada Barisan Nasional (BN) untuk membeli tapak projek perumahan rakyat (PPR) di Taman Manggis di sini.

Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng langsung tidak memberi peluang kepada golongan tersebut untuk memiliki kediaman sendiri sebaliknya lebih rela menjual tapak PPR tersebut kepada syarikat swasta bagi mendapat keuntungan.

“Masih terdapat ramai rakyat miskin yang menghadapi masalah tempat tinggal terutama sepanjang hampir lima tahun kerajaan DAP Pulau Pinang memerintah yang tidak membina rumah kos rendah.

“Selain itu, kerajaan negeri juga tidak mempunyai pengurusan yang baik menyebabkan harga rumah melambung naik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment