My Add

Tuesday 4 December 2012

Etnik Islam Kaman pula ditindas

 *SEORANG wanita etnik Kaman yang ditempatkan di khemah pelarian di
Rakhine mengayun anaknya di dalam buaian. - AGENSI

SITTWE, ISNIN, 03 Disember, 201: Sengketa agama di negeri Rakhine, Myanmar ketika ini hanya memberi fokus kepada penganut Rohingya yang beragama Islam, namun satu lagi etnik Islam, Kaman, turut menjadi mangsa penindasan penduduk negara ini.

Keadaan itu meningkatkan kebimbangan terhadap konflik agama yang semakin meruncing di negara ini.

Tidak seperti Rohingya yang belum diiktiraf oleh Myanmar, Kaman merupakan etnik yang diiktiraf kerakyatan mereka.

Pemimpin agama etnik Kaman, U Thar Din berkata, selepas masjid dibakar, pertempuran tersebut bertukar daripada konflik antara kaum kepada konflik agama.

"Seandainya kerajaan tidak mengawal keadaan ini, keganasan akan berlaku. Kami tidak boleh bersabar lagi. Seandainya keadaan ini berterusan, semua penganut Islam akan mati," katanya.

Seorang mangsa daripada etnik Kaman, Ma Yay Phyu, 74, berkata, dia dan keluarganya cuba lari daripada kemelut agama di situ dengan menaiki bot, namun kenderaan tersebut karam menyebabkan empat anggota keluarga termasuk suaminya, lemas.

"Saya tidak tahu mengapa mereka menyerang kami. Kami tidak pernah bergaduh sebelum ini. Kami pernah tinggal bersama dalam satu kampung," katanya yang merupakan antara 100,000 pelarian di Rakhine ketika ini, bersama-sama etnik Rohingya yang lain.

Kebanyakan penganut Rakhine Buddha, yang kini mendapatkan perlindungan di kuil, tidak dapat membezakan antara Rohingya dan Kaman.

Seorang penganut Buddha, May Kyaw Mar, 55, pula mendakwa, kedua-dua etnik itu bersatu menyerang mereka dengan membakar kediaman penganut Buddha.

"Rohingya mencetuskan masalah. Penduduk tempatan Islam (Kaman) juga mencetuskan masalah. Mereka tidak ada beza," katanya. - AGENSI

No comments:

Post a Comment