My Add

Tuesday 4 December 2012

Eurocopter ganti Nuri TUDM tiba
*SALAH satu daripada dua helikopter model Eurocopter EC725 yang diserahkan kepada TUDM di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Subang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, semalam.

Oleh SOFIAN BAHAROM
PETALING JAYA, ISNIN, 03 Disember, 2012: Inventori aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diperhebatkan lagi dengan ketibaan dua daripada 12 unit helikopter pengangkut jarak jauh, Eurocopter EC725 hari ini menggantikan Sikorsky S61A-4 Nuri yang telah digunakan sejak 1968.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemilikan helikopter enjin berkembar daripada keluarga Super Puma atau Cougar itu dapat memantapkan lagi tugas-tugas mencari dan menyelamat (SAR), logistik dan keupayaan tempur Angkatan Tentera Malaysia secara amnya.

"EC725 mempunyai keupayaan membawa muatan seberat 11,000 kilogram manakala dari segi pergerakan, kita dapati banyak kelebihan terutama dalam menjalankan tugas-tugas SAR kerana aset ini dilengkapi kamera dan radar canggih dengan kamera empat warna yang boleh meneliti sesuatu sasaran operasi. - UTUSAN

...

No comments:

Post a Comment