My Add

Tuesday 4 December 2012

Pengamal perubatan tradisional, komplementari wajib berdaftar

KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 Disember, 2012: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang mewajibkan semua pengamal perubatan tradisional berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari yang akan ditubuhkan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Negara berkata, sebanyak 13,811 pengamal perubatan tradisional dan komplementari di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian sehingga kini.

Katanya, menerusi akta tersebut, gelaran doktor hanya diberikan kepada pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang berkelayakan dengan lima tahun ijazah asas, di samping memenuhi kelayakan ditentukan majlis berkenaan.

Rang undang-undang ini tidak membenarkan individu yang hanya mengikuti kursus pendek (dalam bidang berkenaan) untuk menggunakan gelaran doktor, contohnya Dr. (H) untuk pengamal homeopati," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment