My Add

Tuesday 11 December 2012

Hamas hargai bantuan kemanusiaan dari Malaysia

Daripada AZMAN MD. NOOR

GAZA, ISNIN, 10 Disember, 2012: Timbalan Menteri Luar Hamas, Ghazi Hamad melahirkan penghargaan di atas pelbagai bantuan kemanusiaan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia termasuk usaha-usaha sukarelawannya kepada rakyat Palestin.

Ghazi yang mengadakan pertemuan dengan sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) berkata, rakyat Malaysia sentiasa menjadi sahabat sejati yang ikhlas bagi Palestin dalam menghulurkan bantuan setiap kali diperlukan.

"Ini bukanlah pertama kali, sudah banyak kami delegasi Malaysia datang ke sini. Kami amat merasai anda semua adalah saudara kami, anda sentiasa datang pada waktu susah, kami berasa tidak keseorangan," katanya dalam pertemuan itu di sini, hari ini.

Bagi pihak kerajaan Palestin, Ghazi sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang diberikan dan menganggap Malaysia dan Palestin sentiasa mempunyai hubungan akrab setiap masa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment