My Add

Wednesday 19 December 2012

Husam, Kickdefella setuju selesai di luar mahkamah?

KUANTAN, SELASA,18 Disember, 2012: Mahkamah Tinggi di sini memberi tempoh sehingga esok kepada Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan penulis blog, Kickdefella untuk mencapai kata sepakat dalam usaha menyelesaikan kes saman fitnah RM5 juta ekoran penyiaran artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau.

Hakim Datuk Mariana Yahya sepatutnya mendengar perbicaraan saman tersebut hari ini bagaimanapun menangguhkannya setelah dimaklumkan Husam dan Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz bersetuju menyelesaikan perkara kes itu di luar mahkamah.

Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Syed Azidi memberitahu pemberita, kedua-dua pihak yang terlibat dalam saman tersebut bagaimanapun gagal mencapai kata sepakat berhubung beberapa terma.

Menurut Jahaberdeen, beliau dan peguam Hisham Fauzi yang mewakili Husam, akan berbincang lanjut berhubung penyelesaian kes itu. - UTUSAN  

No comments:

Post a Comment