My Add

Saturday 1 December 2012

Resipi pakatan bawa kehancuran negara

*SEBAHAGIAN perwakilan ketawa ketika mendengar perbahasan usul ekonomi dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012, di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, JUMT, 30 November, 2012: Amalan ekstremisme, liberalisme dan konsep kesamarataan yang diperjuangkan Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP merupakan resipi kehancuran buat negara ini.

Wakil UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, amalan ekstremisme agama bukan sahaja telah membawa perpecahan di antara penganut, malah, mewujudkan pertelingkahan serta konflik antara kaum.

Katanya, konsep kesamarataan ala DAP melalui slogan 'Malaysian Malaysia' pula menjurus kepada kezaliman apabila konsep itu tidak melihat keperluan kelompok masyarakat yang memerlukan pembelaan sehingga membibitkan isu perkauman.

Nilai keupayaan Pas di Kelantan

Wakil UMNO Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, permintaan itu dibuatnya kerana melibatkan soal mandat, kepercayaan dan harapan.

KUALA LUMPUR:- Rakyat Kelantan diminta menilai semula keupayaan kerajaan pimpinan Pas dalam mentadbir negeri Cik Siti Wan Kembang itu kerana selama 22 tahun memerintah, terlalu banyak janji yang tidak tertunai.

 "Boleh percaya lagikah kepada parti ini untuk terus menjaga negeri. Bolehkah lagi kita bergantung harap pada orang yang masuk hospital lebih kerap daripada doktor," ujarnya ketika ditemui dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengatakan, keadaan Kelantan akan jauh lebih maju sekiranya peluang untuk mentadbir diserahkan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment