My Add

Saturday 15 December 2012

KDN selesaikan 99.8% daftar lewat kelahiran

PUTRAJAYA, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya mengekalkan pencapaian melebihi sasaran dengan purata 99.8 peratus bagi pengurusan permohonan daftar lewat kelahiran pada tahun ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, selain itu, secara purata sebanyak 98.54 permohonan permit masuk di Semenanjung diproses dalam tempoh ditetapkan dan semua permohonan yang diterima di Sabah dan Sarawak setelah diluluskan oleh pihak berkuasa negeri, telah diselesaikan di peringkat kementerian.

"Pencapaian terkini Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi permohonan kewarganegaraan setakat Januari-Oktober tahun ini adalah sebanyak 85 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak 2010, KDN menetapkan setiap permohonan kewarganegaraan dan permit masuk yang rasmi dan lengkap diproses dalam tempoh maksimum setahun di Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak, tempoh pemprosesan maksimum tiga bulan ditetapkan sebaik menerima perakuan dari pihak berkuasa negeri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment