My Add

Tuesday 11 December 2012

Kerja lima hari beri manfaat secara bersama

KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 Disember, 2012: Kesatuan-kesatuan dalam Pos Malaysia Berhad menyambut baik pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu yang akan memberi manfaat secara bersama kepada syarikat dan pekerja.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (UPUS), Suffian Unoss berkata, beliau yakin kakitangan yang komited dan berdedikasi akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada syarikat ekoran pelaksanaan sistem baharu itu.

"Terdapat 4,776 posmen di 349 cawangan serahan di seluruh negara yang akan melakukan serahan surat selain kekuatan 1,900 kakitangan dalam tugas serahan dan pungutan di 63 pusat pos laju.

"Selain itu, terdapat 8,326 kakitangan dalaman yang bekerja dalam posmel dengan 699 kaunter perkhidmatan seluruh negara yang terlibat dengan jadual kerja baharu ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment