My Add

Tuesday 11 December 2012

Program Blackspot kurangkan kemalangan 99 peratus

*SHAZIMAN Abu Mansor melawat salah satu lokasi blackspot di Port Dickson, semalam.

TELOK KEMANG, ISNIN, 10 Disember, 2012: Kementerian Kerja Raya akan memperhebatkan kerja pemulihan di kawasan yang cenderung berlaku kemalangan jalan raya atau dikenali sebagai Program Blackspot berikutan kejayaannya mengurangkan kadar kemalangan sehingga 99 peratus.

Menterinya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, sejak program itu dimulakan pada 2009, sebanyak 137 lokasi di seluruh negara dikenal pasti kerap berlaku kemalangan berdasarkan pada statistik yang dibekalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, antara skop pemulihan yang dijalankan ialah menurap permukaan jalan, memasang penghadang jalan baru, mendirikan papan tanda, mengecat semula garisan jalan bagi membantu penjajaran dan pemanduan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment