My Add

Tuesday 25 December 2012

Koo Ham pertahan tindakan terima gelaran Datuk
IPOH, ISNIN, 24 Disember, 2012: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini mempertahankan tindakannya menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk' walaupun ia didakwa melanggar polisi parti DAP yang tidak membenarkan pemimpinnya menerima gelaran ketika masih dalam politik.
Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas menegaskan, beliau percaya sesuatu darjah kebesaran atau gelaran diperolehi menerusi 'cara seseorang itu menjalani kehidupannya'.

Katanya, isu tersebut telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti sebelum beliau menerima darjah kebesaran itu daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2008.

Beliau mengakui ketika perbincangan itu Pengerusi DAP, Karpal Singh menentang penganugerahan tersebut.

"Karpal menentang tetapi majoriti anggota CEC berpendapat bahawa saya patut menerima anugerah itu dan isu ini tidak sepatutnya mengalihkan tumpuan daripada tugas lebih penting untuk mentadbir Perak dengan baik (pada masa itu). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment