My Add

Monday 10 December 2012

Koperasi pertama buka keahlian warga asing

KUALA LUMPUR, AHAD, 09 Disember, 2012: Koperasi Komunikasi Multimedia Selangor Berhad bakal menjadi koperasi pertama di negara ini yang membuka keahlian kepada warga asing.

Pengerusi Eksekutif Ikona Software (Ikona), Datuk Kazmin Kuzi berkata, penyertaan warga asing yang menetap atau bekerja di negara ini bukan sahaja dapat memberi faedah dan keuntungan kepada koperasi malah mengelakkan daripada berlakunya pengaliran wang ke luar negara.

"Setelah kami kaji peruntukan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), terdapat ruang untuk warga asing mendaftar sebagai ahli serta memiliki saham yang ditawarkan.

"Bagaimanapun, mereka perlu melantik wakil warganegara Malaysia sebagai proksi untuk menjadi ahli," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Koperasi itu yang melantik Ikona, sebuah syarikat sekuriti komputer sebagai rakan teknologi, ditubuhkan sebagai platform untuk mengetengah dan membangunkan inovasi produk berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) oleh rakyat di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment