My Add

Saturday 8 December 2012

Lat bangga nama diabadi pada restoran

NUSAJAYA, JU,AAT, 07 Disember, 2012: Kartunis terkenal tanah air, Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd. Nor Khalid melahirkan rasa bangga apabila namanya diabadikan pada sebuah restoran di Taman Tema Keluarga Puteri Harbour di sini yang mula beroperasi 26 Oktober lalu.

Beliau berkata, perbincangan dengan pihak pengurusan yang bermula sejak 2009 itu akhirnya menjadi realiti apabila karyanya dipilih menghiasi dekorasi restoran di taman tema berkenaan, sebaris dengan karakter kartun terkenal antarabangsa yang terdapat di situ.

"Pengunjung restoran tersebut boleh melihat sendiri dan bermesra dengan karakter kartun yang popular menerusi siri animasi Lat The Kampung Boy sambil menjamu selera dengan pelbagai hidangan ala kampung.

"Bukan itu sahaja, pengunjung juga akan dihiburkan dengan tarian dan nyanyian oleh kakitangan restoran sebagai menambahkan lagi kegembiraan mereka," katanya di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment